Kaedah-kaedah Penting Menghafaz Al-Quran
![](http://photos1.blogger.com/blogger/5412/2202/400/qawaid.jpg)
KAEDAH-KAEDAH PENTING UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN AL-KARIM
- Ikhlas. Ia adalah rahsia taufiq dan kejayaan daripada Allah s.w.t.
- Menghafaz diusia kecil kerana ia adalah seperti memahat pada batu.
- Memilih waktu yang sesuai.
- Memilih tempat yang sesuai.
- Membaca dengan bacaan yang baik dan berlagu amat membantu dalam menghafaz.
- Menghadkan pada satu jenis Mushaf Al-Quran sahaja supaya kekal dalam ingatan.
- Memperbetulkan bacaan Al-Quran dengan guru sebelum menghafaz (Talaqqi).
- Proses ‘mengikat’ antara ayat dengan ayat membuat hafazan lebih kuat.
- Proses mengulang-ulang ayat hafazan untuk mengelak daripada ayat tersebut hilang atau lari.
- Menghafaz setiap hari secara tersusun lebih baik daripada menghafaz dengan tidak tersusun atau jarang-jarang.
- Menghafaz dengan suara yang lambat dan tenang lebih baik daripada cepat tapi tidak masuk dalam ingatan.
- Memberi tumpuan pada ayat-ayat yang serupa/ hampir serupa untuk mengelak daripada kekeliruan.
- Berhubung dan mendekati guru/sheikh yang meghafaz Al-Quran dan memelihara tajwid Al-Quran.
- Menumpukan penglihatan kepada ayat semasa menghafaz supaya terpahat dalam ingatan.
- Mengiringi hafazan dengan amalan soleh, ketaatan pada Allah s.w.t dan meninggalkan maksiat.
- Muraja’ah atau mengulang ayat/surah/juzu’ yang telah dihafaz supaya sentiasa kekal dalam ingatan.
- Pemahaman yang sempurna terhadap ayat Al-Quran adalah cara untuk mendapatkan hafalan yang baik.
- Keazaman dan keinginan yang tinggi untuk menghafaz Al-Quran serta pengharapan, doa dan sentiasa memohon bantuan Allah s.w.t.
Dipetik daripada Kaifa Tahfazul-Quranal-Karim, Dr. Yahya bin Abdul Razzaq Al-Ghauthany.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home